Pengalaman menyusukan Rania paling mencabar jika hendak dibandingkan dengan abang dan kakaknya. Walaupun Rania merupakan anak ketiga, semasa kelahirannya susu badanku tidak meriah macam sesetengah orang. Namun aku berpegang kepada kata-kata bukan susu tak da tapi apa yang terhasil waktu itu adalah kolustrum. Kolustrum bukan banyak macam susu tapi aku percaya kepada kelebihannya. Pada sesiapa yang tidak tahu kolustrum adalah cecair yang berwarna seakan warna kuning. Ia akan menjadi pelindung kepada bayi daripada serangan penyakit. Alhamdulillah, aku yakin aku sudah bagi yang terbaik untuk Rania.
Rania dilahirkan dengan berat 4.46kg secara normal. Kelahiran kali ini tidak ada sebarang tanda seperti sebelum ini, tanda cecair darah. Aku teringin sekali untuk merasai pengalaman pecah ketuban. Namun mungkin bukan rezekiku lagi. Semasa Rania aku cuma mengalami kontraksi sakit bersalin.
No comments:
Post a Comment