Monday, October 27, 2014

Penyusuan bersama Rania

Pengalaman menyusukan Rania paling mencabar jika hendak dibandingkan dengan abang dan kakaknya. Walaupun Rania merupakan anak ketiga, semasa kelahirannya susu badanku tidak meriah macam sesetengah orang. Namun aku berpegang kepada kata-kata bukan susu tak da tapi apa yang terhasil waktu itu adalah kolustrum. Kolustrum bukan banyak macam susu tapi aku percaya kepada kelebihannya. Pada sesiapa yang tidak tahu kolustrum adalah cecair yang berwarna seakan warna kuning. Ia akan menjadi pelindung kepada bayi daripada serangan penyakit. Alhamdulillah, aku yakin aku sudah bagi yang terbaik untuk Rania.
Rania dilahirkan dengan berat 4.46kg secara normal. Kelahiran kali ini tidak ada sebarang tanda seperti sebelum ini, tanda cecair darah. Aku teringin sekali untuk merasai pengalaman pecah ketuban. Namun mungkin bukan rezekiku lagi. Semasa Rania aku cuma mengalami kontraksi sakit bersalin. 
 

Sunday, October 13, 2013

HUJUNG MINGGU DI PETROSAINS

Ada apa dengan Petrosains? Pertama kali ke Petrosains walaupun sebenarnya dah banyak kali ke KLCC. Bagi yang tak tahu Petrosains terletak di tingkat 4 KLCC. Satu pendedahan awal kepada anak2 mengenai dunia sains.

Pada masa sekarang sekitar KLCC tengah renovation, so agak jauh untuk parking. Kalau nak parking dalam KLCC, bagi yang mampu boleh aje. Kitorg parking kat bangunan Atlan. Per entry baru rm3, murahkan? tapi jauhlah sikit kena menapak. Sesiapa yang berminat harga tiket spt yang tertera:

Ticketing

Petrosains, The Discovery Centre (KLCC)

Admission RatesMalaysia Identification Card Holder
(MyKad)Non-Mykad
Senior Citizen (56 years & above)RM 8.00RM 18.00
Adult (18 - 55 years)RM 15.00RM 25.00
Youth (13 - 17 years)RM 10.00RM 20.00
Child (3 - 12 years)RM 5.00RM 15.00
Child (2 years & below)Free Admission
Petrosains Family Packages (2 Adults & 2 Children)RM 30.00RM 50.00

Tuesday, May 21, 2013

Jadual latihan pemberian perahan susu ibu

Jadual latihan pemberian perahan susu ibu


Sumber : http://myaishah.blogspot.com/2010/07/seciput-ilmu-breastfeeding.html
dari buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Kaedah Penyusuan Susu Ibu



1. Pastikan anda selesa (duduk / baring).
2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
3. Sentuh puting anda ke mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tampok hitam (aerola) ke mulut bayi.
4. Dagu bayi menyentuh payudara.
5. Kedengaran bunyi bayi menelan.

--Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

Persediaan Awal Penyusuan

Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu atau ibu anda untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit .Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal. Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak. Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in). Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan. Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.
 Sumber Kementerian Kesihatan